- JBS Selangor
- Hits: 201
MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMB) PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR BIL. 1/2022
KUALA KUBU BHARU, 29 APRIL 2021 – Telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMB) Peringkat Daerah Hulu Selangor Bil 1/2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Sri Kubu, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri, Pegawai Daerah/Tanah Hulu Selangor. Mesyuarat dikendalikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor telah diberi peluang untuk membentangkan satu (1) kertas pertimbangan yang bertajuk “Program Kem Anak Muda (KAMU) Daerah Hulu Selangor”. Program KAMU merupakan sebahagian daripada pelaksanaan inisiatif Belia Sejahtera. Penyertaan program adalah terdiri daripada kalangan belia berisiko (tercicir daripada sistem persekolahan, tidak bekerjaya, banduan, penagih dadah dan sebagainya).
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 201
