- JBS Selangor
- Hits: 244
PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) TEMPAT KETIGA PERTUBUHAN APBN NEGERI SELANGOR TAHUN 2022
BANDAR BARU SELAYANG, 17 OGOS 2022 - Sempena Hari Belia Negara peringkat negeri
Selangor 2022 yang diadakan di Stadium Utama Kuala Selangor pada 13 Ogos yang lalu, PEPIAS
telah dinobatkan tempat ke-3 Anugerah Perdana Belia Negara kategori pertubuhan belia. Anugerah
disampaikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri
Kewangan Malaysia.
“Kejayaan ini menandakan pengiktirafan kepada PEPIAS selaku pertubuhan belia di Selangor ini.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan PEPIAS sehingga hari ini. Semoga anugerah ini
menguatkan lagi usaha agenda PEPIAS menyebarkan dakwah di bumi ini.
Generasi Penerus Harapan Ummah.” Saudara Muhammad Taufiq Hidayah Bin Mohamad Kuturi,
Setiausaha Agung PEPIAS.
Tahniah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada Persatuan
Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS), semoga terus istiqamah berbakti kepada komuniti,
bangsa, negeri dan negara.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 244
