SELAYANG BARU, 8 APRIL 2022 – Program Rakan Muda Day Out Bubur Lambuk peringkat Dearah Gombak yang dirancang akan dilaksanakan pada 16 April 2022 bertempat di PDK Selayang. PDK adalah Pusat Latihan Dalam Komuniti bagi Insan-insan istimewa.
Satu lawatan ke lokasi yang bakal digunakan untuk kelancaran program bertempat di perkarangan PDK Selayang. Lawatan ini turut disertai oleh Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Selayang dan EXCO Sukarelwan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC Kebangsaan) Saudara Zulfaqar.
“Terima kasih kepada Pejabat Belia dan Suakn Daerah Gombak dan sahabat daripada MAYC Selayang yang akan bekerjasama menganjurkan RAkan Muda Day Out Bubur Lambuk kali ini. Saya berdoa, semoga apa yang dirancang bersama-sama pada lawatan kali ini akan memberikan impak secara langsung kepada pelajar PDK Selayang khususnya dan juga belia serta masyarakat setempat yang akan memperoleh manfaat dari penganjuran kali ini” Saudara Zulfaqar, EXCO Sukarelawan MAYC Kebangsaan.
Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 258
