HULU LANGAT, 23 MAC 2022 - Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) telah menghadiri secara maya Taklimat Pelaksanaan Program dan Aktiviti Bahagian Pembangunan Rakan Muda Tahun 2022 anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (BPRM JBSN).
Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan takwim tahunan BPRM JBSN yang dicadangkan pelaksanaan pada tahun 2022 ini. Unit Rakan Muda PBSDHL mengharapkan agar setiap perancangan khususnya untuk Daerah Hulu Langat dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya menghidupkan kembali aktiviti anak muda di daerah ini.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 191
