HULU LANGAT, 15 FEBRUARI 2022 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at meluangkan masa menyantuni peserta Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang sedang melaksanakan komponen Projek Penempatan di Kampung Sesapang Kelubi di sini.
Kehadiran Puan Suhailah disambut mesra oleh Saudara Ahmad Aliff Hidayat bin Jamil dan Saudara Muhammad Isa bin Shaik Mujibur Rahman di perkarangan surau kampung di mana mereka sedang membantu jawatankuasa surau membersihkan kawasan dan peralatan surau berkenaan.
Turut hadir Pegawai Utama Rakan Muda, Encik Sazali bin Abdul Samad, Ketua Kampung, Encik Mohamad Safian bin Alias dan keluarga angkat peserta, Encik Mohd Yazid bin Abd. Rahman.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 278
