KELANA JAYA, 10 NOVEMBER 2021 - Majlis Penutup Klinik Badminton KBS Negeri Selangor telah dirasmikan oleh CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Selangor bertempat di Kompleks Sukan PKNS dekat sini. Objektif klinik yang berlangsung selama dua (2) hari ini adalah untuk menekankan tentang kemahiran locomotor atau teknik asas biomekanikal dalam pukulan, servis, pergerakan, kedudukan dan seterusnya jangkaan pukulan balas serta menanam minat yang lebih mendalam dalam sukan badminton. Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda) turut hadir ke majlis penutup tersebut bagi mengiringi Tuan Pengarah.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 - Pada 2 November yang lalu, bertempat di Bilik Mesyuarat JaPEN, Tingkat 21, Bangunan Darul Ehsan telah berlangsungnya satu program bual bicara bertajuk “Unsung Hero @ PPV”. Jabatan Penerangan Negeri Selangor telah melaksanakan program bual bicara tersebut di saluran media sosial jabatan iaitu Influencer @JaPen yang menjadi platform penyebaran maklumat. Program ini disiarkan secara langsung dengan menggunakan platform Facebook rasmi Jabatan Penerangan Selangor. “Ini adalah pengalaman pertama saya ditemuramah begini. Semestinya saya sangat gugup! Tapi alhamdulillah, saya berjaya menyelesaikannya!” ujar Rafiq.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 10 NOVEMBER 2021 - Telah berlangsung forum “Pengurusan Organisasi KRM Yang Cekap” Peringkat Negeri Selangor pada 16 Oktober 2021 (Sabtu) yang lalu dengan menggunakan platform Google Meet. Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin baharu pertubuhan belia yang mahir dalam bidang pengurusan organisasi, kepimpinan serta berkebolehan untuk menerajui pertubuhan belia. Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Kampung Setia atas kelancaran pelaksanakan forum pada hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan panel; Encik Zainal Abidin bin Hasan dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Encik Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin dari Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) dan Encik Mohamad Fahmi bin Ismail dari Kelab Belia Kampung Setia (KBKS).Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
KLANG, 8 NOVEMBER 2021 – Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Klang Bil 5/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBSD Daerah Klang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Mohd Hilmi Bin Dahlan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang. Turut hadir selaku ahli semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras program, aktiviti dan pengurusan pentadbiran. Di antara perkara yang dibangkitkan adalah pembentangan laporan program aktivti setiap unit dan pengurusan pentadbiran.Disediakan oleh : Norliza Ali Wee, PBSD Klang
KUANG, 3 NOVEMBER 2021 – “Menjadi Sukarelewaan adalah salah satu minat saya, setelah menamatkan latihan industri. Saya selalu mengimpikan untuk menjadi sukarelawan dan alhamdulilah impian saya tercapai apabila terpilih untuk menjadi Sukarelawan MyVAC” Nur Shahirah binti Azlan Azri, Siswazah Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia. Beliau bertugas sebagai sukarelawan MyVac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Alwy, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, FRIM Kepong.“Saya telah ditempatkan di di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Alwy, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, FRIM Kepong buat pertama kalinya. Pengalaman menjadi sukarelawan semasa di Fasa 1 pandemik amat mencabar dengan penugasan yang bermula di bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, segala penat lelah saya hilang apabila dapat peluang menimba pengalaman dengan dapat menyumbangkan tenaga, berkomunikasi bersama pelbagai golongan masyarakat, disamping mendengar cerita dan kisah mereka sepanjang melalui proses pemberian vaksin berlangsung, di mana pada Fasa 1, golongan Warga Emas menjadi pelanggan utama PPV FRIM” ujar beliau.“Pada pandangan saya, menjadi Sukarelawan MyVAC bukanlah suatu perkara yang mudah, di mana terdapat pelbagai cabaran dalam menyantuni masyarakat yang hadir ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin. Disamping itu juga, sebagai Sukarelwan MyVAC saya perlulah sentiasa cakna dengan segala maklumat berkaitan vaksin, mujurlah dengan bantuan teknologi, maklumat berada dihujung jari sangat membantu para sukarelawan bagi menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh pelanggan PPV. Selain itu juga, tatasusila, adab dan tutur kata sentiasa dititipberatkan sepanjang melayani pelbagai kerenah pelangan PPV”, perkongsian beliau. “Segala cabaran dan rintangan sepanjang saya bertugas tidak akan dapat saya tangani tanpa bantuan rakan seperjuangan, disamping petugas barisan hadapan yang turut sama bergandingan tenaga serta mengorbankan masa bagi memastikan semua golongan masyarakat yang hadir ke PPV dapat divaksinasi dengan selamat”, ujar beliau.“Akhir kata, saya amat berbangga menjadi salah seorang Sukarelawan MyVAC. Jika generasi akan datang menanyakan saya tentang Zaman Pandemik tahun 2021/2021, saya ada kisah yang akan saya ceritakan. Bahawa menjadi Sukaralewan MyVAC di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) adalah pengalaman dan memori terindah dalam hidup saya (being MyVAC is sweet memory)”, perkongsian beliau.Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SG. PUSU, 3 NOVEMBER 2021 – Bermula pada 15 Oktober 2021 di Pusat Pemberian Vaksin UniKL British Malaysian Institute (UniKL BMI), individu yang layak dan masih belum memperoleh sebarang janji temu vaksinasi adalah dibenarkan untuk hadir terus (walk-in) termasuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Inisiatif ini adalah bagi memastikan kesinambungan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan dewasa, remaja dan dos penggalak dapat diteruskan dengan lancer.Seramai 17 orang Sukarelawan MyVAC akan bertugas setiap hari daripda jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kehadiran sukarelawan MyVAC membolehkan petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat memberi tumpuan kepada aspek perubatan. Sukarelawan MyVAC yang terdiri daripada golongan belia daerah Gombak telah memberi kesan dan impak kepada kelancaran proses dengan menguruskan perkara yang tidak berkaitan perubatan di sini.Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SG. PUSU, 2 NOVEMBER 2021 – Bermula pada 15 Oktober 2021 di Pusat Pemberian Vaksin UniKL British Malaysian Institute (UniKL BMI), individu yang layak dan masih belum memperoleh sebarang janji temu vaksinasi adalah dibenarkan untuk hadir terus (walk-in) termasuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Inisiatif ini adalah bagi memastikan kesinambungan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan dewasa, remaja dan dos penggalak dapat diteruskan dengan lancer.Seramai 17 orang Sukarelawan MyVAC akan bertugas setiap hari daripda jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kehadiran sukarelawan MyVAC membolehkan petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat memberi tumpuan kepada aspek perubatan. Sukarelawan MyVAC yang terdiri daripada golongan belia daerah Gombak telah memberi kesan dan impak kepada kelancaran proses dengan menguruskan perkara yang tidak berkaitan perubatan di sini.Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SG. PUSU, 28 OKTOBER 2021 –"Jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu, tetapi tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara," itulah ungkapan yang dipegang oleh sukarelawan bukan kesihatan, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Amirzul Muhammad bin Zulkifli. Beliau bertugas sebagai sukarelawan MyVac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Alwy, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, FRIM Kepong. Bertugas selama 4 bulan di PPV tersebut, cukup untuk memberikan beliau suatu pengalaman yang tidak dapat dijual beli di mana mana. Menurutnya lagi, beliau terpanggil untuk bertugas sebagai sukarelawan MyVac atas dasar mahu membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19 ketika itu. "Saya merasakan saya juga perlu untuk bantu kerajaan dan petugas barisan hadapan untuk lawan virus ini," ujar beliau. "Di sini, kami ditempatkan di setiap stesen dan membantu orang awam dalam melancarkan urusan mereka menerima vaksin. Di samping itu, kami juga membantu petugas dalam melancarkan urusan PPV ini," ujarnya lagi. Antara pengalaman yang beliau tidak dapat lupakan adalah memakai pakaian pelindungan diri (PPE) bagi tujuan sanitasi PPV tersebut. Ujarnya, pengalaman memakai PPE itu membolehkan beliau lebih memahami peritnya tugas melawan pandemik Covid-19 ini. Sebelum mengakhiri bicara, beliau berpesan agar rakyat Malaysia kekal menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. "Sentiasalah membuat kawalan kendiri kerana virus Covid-19 ini benar," ujar beliau.Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
SG. PUSU, 27 OKTOBER 2021 – Bermula pada 15 Oktober 2021 di Pusat Pemberian Vaksin UniKL British Malaysian Institute (UniKL BMI), individu yang layak dan masih belum memperoleh sebarang janji temu vaksinasi adalah dibenarkan untuk hadir terus (walk-in) termasuk remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Inisiatif ini adalah bagi memastikan kesinambungan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk golongan dewasa, remaja dan dos penggalak dapat diteruskan dengan lancar.Seramai 17 orang Sukarelawan MyVAC akan bertugas setiap hari daripda jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Kehadiran sukarelawan MyVAC membolehkan petugas barisan hadapan seperti doktor dan jururawat memberi tumpuan kepada aspek perubatan. Sukarelawan MyVAC yang terdiri daripada golongan belia daerah Gombak telah memberi kesan dan impak kepada kelancaran proses dengan menguruskan perkara yang tidak berkaitan perubatan di sini.Disediakan oleh: Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231