- JBS Selangor
- Hits: 430
SBV GOMBAK @ BLOODBROTHER GYM
KERAMAT, 5 OKTOBER 2021 – Sport Bubble Volunteer (SBV) merupakan Sukarelawan yang membantu melaksanakan khidmat pemantuan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negera (MKN).
Empat orang SBV Gombak telah bersama-sama pasukan Pemantuan SOP PBSD Gombak hadir ke premis pusat kecergasan iaitu Blood Brather Gym bagi menjalankan tugas mereka. Antara rutin tugasan mereka adalah memastikan premis yang dilawati mematuhi SOP yang telah ditetapkan antaranya membersihkan peralatan selepas digunakan oleh pelanggan mereka disamping melakukan sinitizer berkala terhadap premis mereka.
Untuk makluman, Sport Bubble atau Gelombang Sukan merupakan aspirasi dan cetusan YB Menteri Belia dan Sukan untuk memastikan sektor sukan dan rekreasi negara kembali aktif.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 430
