SHAH ALAM, 28 JULAI 2021 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) JBSN Bil. 2/2021 pada 22 Julai 2021 (Khamis). YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor telah hadir secara atas atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 11:30 pagi itu telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN. Mesyuarat menjurus kepada pelaporan pengurusan Kewangan di Ibu Pejabat JBSN dan Negeri.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SHAH ALAM, 28 JULAI 2021 – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih kerajaan (JKPAK) JBSN Bil. 2/2021 pada 22 Julai 2021 (Khamis). YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor telah hadir secara atas atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9:30 pagi itu telah dipengerusikan oleh YBrs Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN. Mesyuarat menjurus kepada pelaporan pengurusan Aset Alih Kerajaan di Ibu Pejabat JBSN dan Negeri.Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
SHAH ALAM, 26 JULAI 2021 - Sempena bulan Zulhijjah, Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara membawakan topik khas untuk dibincang oleh dua (2) orang Panel Jemputan Khas iaitu YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan al-Habib Zaenal Abidin al-Hamid, Pengerusi Yayasan ar-Ri’ayah. Rasulullah SAW bersabda; “Orang beriman yang kuat, lebih baik dan lebih disukai oleh Allah SWT berbanding daripada orang beriman yang lemah.” [Hadis riwayat: Muslim]Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 20 JULAI 2021 - Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bersama Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda) telah menyambut kedatangan YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Pembangunan Modal Insan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Kedatangan beliau adalah untuk menyerahkan sumbangan sebanyak RM30,000.00 kepada Sukarelawan Bukan Kesihatan (MyVac) yang positif Covid-19 seterusnya menyantuni sukarelawan MyVac dan Petugas Barisan Hadapan di PPV IDCC.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
SHAH ALAM, 20 JULAI 2021 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Kelab Kebajikan Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (KKKJBSNS) telah menyumbangkan sebanyak 100 set kotak makanan untuk diserahkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta Sukarelawan Bukan Kesihatan (MyVac) yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19. Sehubungan itu, Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Hasnata bin Hasan turut hadir ke sesi penyerahan tersebut dan diiringi oleh Encik Sazali bin Abdul Samad, Timbalan Pengerusi KKKJBSNS.Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
KLANG, 11 JULAI 2021 - Sukarelawan Malaysia Vaccine Support Volunteers (Myvac) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandamaran Daerah Klang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak PETRONAS di atas tajaan sumbangan ‘Coffee Break’ sebagai tanda penghargaan kerana usaha sama semua pihak yang menyumbang tenaga dan masa sepanjang tempoh pelaksanaan Program Kebangsaan Imunisasi Covid-19 agar kesejahteraan komuniti setempat terjamin.Disediakan oleh : Norliza Ali Wee, PBSD Klang
KLANG, 11 JULAI 2021 – Seramai 10 orang sukarelawan Malaysia Vaccine Support Malaysia Volunteers (MyVac) yang baru telah bertugas di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Sukan Pandamaran daerah Klang bagi pengiliran bertugas iaitu pada hari Ahad.Program sukarelawan ini adalah bagi membantu melancarkan program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu bukan dari perkhidmatan kesihatan yang bersedia berkhidmat dalam pasukan bagi melancarkan pemberian vaksin di daerah Klang.Disediakan oleh : Norliza Ali Wee,PBSD Klang
KLANG, 10 JULAI 2021 - Telah berlangsungnya persiapan ‘dry run’ di Pusat Pemberian Vaksin di Hotel Wyndham Acmar, Klang.Dikendalikan secara profesional bagi memberi pendedahan kepada sukarelawan MyVac yang baru. Penerangan dan taklimat kepada sukarelawan MyVac dengan sistem penggunaan pendafttaran My Sejahtera dan hala tuju tugasan Sukarelawan MyVAC kepada 106 orang yang dikendalikan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang. Program tersebut adalah persediaan gerakan Pusat Pemberian Vaksin Mega bagi program Imunisasi Covid 19 dan melancarkan pemberian vaksin di daerah Klang. Disediakan oleh : Norliza Ali Wee, PBSD Klang
SETIA ALAM, 25 JUN 2021 - Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah hadir ke sesi Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara pada 20 Jun 2021 yang lalu bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Setia City Convention Centre, Setia Alam. Lawatan tersebut bertujuan untuk menyantuni sukarelawan MyVac dan Petugas Barisan Hadapan di PPV itu.Disediakan oleh : Nadia Sallehud, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231