PETALING JAYA, 27 APRIL 2021 - Rakan Muda - Sports Bubble Volunteer (RM-SBV) Hulu Langat telah melaksanakan operasi pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perlawanan Liga Super antara PJ City menentang Selangor FC anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya baru-baru ini.
RM-SBV Hulu Langat telah membuat pemeriksaan bagi memastikan koordinator perlawanan dan operator premis mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan sepertimana arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 444
