- JBS Selangor
- Hits: 423
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MAJLIS PENUTUP PROGRAM RAKAN MUDA SINAR RAMADAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1442H
SHAH ALAM, 27 MEI 2021 - Yang Berbahagia Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah hadir dan turut merasmikan Program Rakan Muda Sinar Ramadan Peringkat Negeri Selangor Tahun 1442H anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan menggunakan platform Zoom Meeting dan Live Facebook Rakan Muda Selangor. Penyertaan program ini adalah seramai 30 orang yang melibatkan peserta berumur 15 hingga 25 tahun.
Program ini merupakan program tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang bertujuan sebagai penghayatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan memberi pendedahan tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan.
Disediakan oleh : Emir Mohd Zen, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 423
