SHAH ALAM, 10 SEPTEMBER 2021 – Bagi menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia, penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) di adakan setiap tahun pada setiap bulan Oktober. Pada tahun ini, walaupun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, penganjuran HSN tetap diteruskan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sehubungan itu, satu sesi Lawatan Tapak oleh YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah diadakan pada 8 September 2021 (Rabu) bertempat di Elmina Central Park, U16, Shah Alam Selangor. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Encik Mohd Khairi bin Ali, Timbalan Pengarah Belia dan pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 553
