SHAH ALAM, 21 OKTOBER 2021 - Maulidur Rasul atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul ‘Awal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada hari Isnin, 12 Rabiul ‘Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Ta’ala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Ta’ala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
“Salam Maulidur Rasul” ikhlas dari Rakan Muda Selangor.
Disediakan oleh : Emir Fawwaz, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 405
