SHAH ALAM, 5 MEI 2021 - Anugerah HUB Belia Inovatif Sukan Cemerlang Untuk Semua (HIBISCUS) merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kepada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri yang mencapai tahap pengurusan kualiti cemerlang.
Pelaksanaan anugerah ini akan dilaksanakan buat pertama kali di peringkat JBSN. Pelaksanaan ini akan melibatkan 15 buah JBS Negeri dan satu Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM).
Sehubungan itu, Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor telah mempengerusikan satu mesyuarat bagi membincangkan pembahagian tugasan untuk setiap Bahagian dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Diharapkan semuanya berjalan seperti apa yang dirancangkan.
Disediakan oleh : Emir Mohd Zen, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 497
