HULU LANGAT, 20 APRIL 2021 - Pegawai Unit Belia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL), Puan Hartyny Saha binti Haji Mohd Sanusi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Task Force MyVac Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) yang diadakan secara online di sini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBSS ini telah membentang dan membincangkan pelbagai isu yang berbangkit bagi memastikan kelancaran Program MyVac di seluruh daerah Negeri Selangor. Untuk rekod, Daerah Hulu Langat telah merekodkan pendaftaran MyVac seramai 107 orang.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 496
