SHAH ALAM, 21 APRIL 2021 - Program Imunisasi COIVD-19 Kebangsaan (PICK) bagi Fasa Kedua telah bermula dengan rasminya pada 19 April 2021 (Isnin). Bagi memastikan PICK dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya, Sukarelawan Bukan Kesihatan (MyVac) akan ditugaskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukan Kesihatan di seluruh negara.
Sehubungan itu, segala urusan penyelarasan MyVac meliputi pendaftaran, tempahan slot bertugas, dokumen rasmi dan lain-lain berkaitan dilaksanakan melalui Sistem MyVac yang dibangunkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
Untuk memberi kefahaman dan merungkai jawapan kepada segala permasalahan, satu sesi Taklimat Pengendalian Sistem MyVac telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Zoom pada 19 April 2021 (Isnin) tepat jam 3.00 petang yang dihoskan oleh Urus Setia Bilik Gerakan MyVac KBS.
Turut hadir ke sesi taklimat tersebut adalah Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 1131
