- JBS Selangor
- Hits: 588
PERBINCANGAN BERSAMA PEGAWAI KESIHATAN DAERAH KLANG BERHUBUNG PROGRAM PERLAKSANAAN MALAYSIA VACCINE SUPPORT VOLUNTEER (MYVAC) PERINGKAT DAERAH KLANG
KLANG, 15 APRIL 2021 - Bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Klang telah berlangsungnya perbincangan dengan Pegawai Kesihatan bagi skop tugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) KBS-MOSTI
Perbincangan tersebut dihadiri oleh Cik Malina Migon, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang. Program MyVAC adalah inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.
MyVac bertujuan untuk mengembeleng tenaga sukarelawan (perkhidmatan bukan kesihatan) sebagai pemudah cara dan membantu petugas barisan hadapan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di PPV seluruh negeri dan daerah.
Disediakan oleh : Norliza Ali Wee, PBSD Klang
- JBS Selangor
- Hits: 588
