HULU LANGAT, 15 APRIL 2021 - Para Sukarelawan Sokongan Malaysia (MyVac) Daerah Hulu Langat telah mula hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) untuk menerima surat tawaran penugasan MyVac di daerah ini.
Surat tawaran berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Unit Belia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Hartyny Saha binti Haji Mohd Sanusi kepada Saudara Abdullah bin Abd. Arif Shah, Saudari Sarah Punna binti Fauzan dan Saudari Rafieza binti Ahmad Zaki.
PBSDHL mengharapkan agar para sukarelawan ini dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komited.
Disediakan oleh : Shariman H Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 477
