SHAH ALAM, 14 APRIL 2021 - Unit Pembangunan Potensi Remaja, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1 pada 8 April 2021 (Khamis) yang lalu secara atas talian dengan menggunakan platform Google Meet.
Seramai 28 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut daripada pelbagai latar belakang Badan Operasi ARPRM (BO ARPRM) antaranya ialah IPTA, IPTS sekolah dan persatuan.
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai Pemimpin ARPRM dan Badan Operasi ARPRM yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi tentang program ARPRM secara keseluruhannya.
“Terima kasih diucapkan kepada saudara Encik Ravichandran a/l Balasubramaniam, Malaysia Gold Award Holder Association (MAGAA) selaku penceramah pada hari ini. Diharapkan apa yang telah dikongsi dapat diaplikasikan oleh tuan-tuan dan puan-puan semua.” ucap Encik Muhammad Emir Fawwaz bin Mohd Zen, Penolong Pegawai Unit Pembangunan Potensi Remaja, Bahagian Pembangunan Rakan Muda selaku hos kursus ini.
Disediakan oleh : Emir Mohd Zen, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 417
