SHAH ALAM, 13 APRIL 2021 - Kelab Belia Harapan Islam Bandar Baru Bangi (HABIB) telah mewakili Daerah Hulu Langat pada Anugerah Belia Perdana Negara (APBN) Negeri Selangor 2021 bagi Kategori Persatuan. Ini merupakan penyertaan kali ke-2 bagi kelab ini setelah kali pertama menyertainya pada tahun 2018 dan memenangi Kategori Persatuan Belia Harapan APBN 2018.
Pada sesi temuduga yang diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Kelab Belia HABIB telah diwakili oleh Pengerusi, Tuan Haji Afif Farhi bin Dato’ Haji Othman dan Setiausaha, Muhammad Hafiz Farhan bin Johari.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Belia HABIB di atas komitmen yang ditunjukkan dan semoga beroleh kejayaan pada APBN pada kali ini. InsyaAllah.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 450
