SHAH ALAM, 19 APRIL 2021 - Rakan Muda - Sports Bubble Volunteer adalah salah satu usaha yang digerakkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’Sri Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membolehkan kejohanan sukan untuk kembali dilangsungkan.
Kebanyakkan kejohanan sukan di luar negara dilihat sudah mengamalkan konsep ini antaranya National Basketball Association (NBA), yang ternyata berkesan dalam menangani penularan wabak pandemik COVID-19 di kalangan warga sukan.
Jasa dan kudrat yang dilimpahkan oleh Rakan Muda - Sports Bubble Volunteer tidak mampu dibayar oleh apapun. Cumalah ucapan penghargaan “Tahniah!” dan “Terima kasih!” yang sewajarnya diterima oleh para sukarelawan tersebut.
Disediakan oleh : Emir Mohd Zen, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 336
