- JBS Selangor
- Hits: 1131
PERBINCANGAN PENYELARASAN PENGOPERASIAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV), DEWAN SEMAI BAKTI, FELDA SOEHARTO
FELDA SOEHARTO, 16 APRIL 2021 – Satu perbincangan penyelarasan pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Soeharto telah dilaksanakan di Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Soeharto. Perbincangan di pengerusikan oleh Puan Dewi Dirwana binti Munasir, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor (PDTHS).
Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor diwakili oleh Puan Umi Amira binti Amiruddin, Pegawai Unit Belia yang juga penyelaras Malaysian Vaccine Volunteers Support (MyVac) Dearah Hulu Selangor.
MyVAC terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Orang ramai boleh mendaftar sama ada sebagai sukarelawan am ataupun sukarelawan perubatan, dan ditugaskan di PPV di seluruh negara. Mereka juga boleh memilih lokasi dan masa mengikut kelapangan masing-masing.
Maklumat tentang MyVac boleh didapati di laman web https://www.myvac.com.my.
Harap dapat dihebahkan kepada semua rakyat Malaysia. Bersama #KitaJagaKita dan marilah kita Lindungi Diri, Lindungi Semua.
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 1131
