SELAYANG, 9 APRIL 2021 – Selesai sudah sesi temuduga buat Saudari Nursyafiqah Binti Hussin yang merupakan calon tunggal bagi kategori individu wanita, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bagi daerah Gombak.
Beliau berkongsikan sedikit pengalaman beliau ditemuduga seperti berikut, “Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dipermudahkan perjalanan saya untuk temuduga APBN 2021 kali ini. Perasaan ketika proses temuduga tu amatlah mendebarkan dan teruja dimasa yang sama. Ini kerana, pertama kali saya di temuduga untuk kategori individu wanita, APBN 2021 mewakili daerah Gombak, sebenarnya masih banyak perkara lagi yang perlu saya belajar. Tetapi saya sahut cabaran kali ini untuk mengetahui apa kelebihan & kekurangan yang ada pada diri saya. Perasaan teruja pula adalah kerana saya dapat memperkenalkan dan menonjolkan lagi diri saya serta sumbangan, penglibatan dan pencapaian yang telah saya capai kepada tiga (3) panel juri yang sangat supportive dan ia merupakan satu peluang juga kepada saya untuk capai kejayaan yang lebih tinggi di satu tahap yang lebih baik dimasa hadapan. InshaAllah”.
“Harapan saya hanya satu, iaitu doa dari IBU. Kerana setiap perkara yang saya lakukan semuanya restu dari IBU saya. Saya tidak kisah menang atau kalah, yang penting ilmu dan pengalaman yang saya dapat sepanjang perjuangan saya ini. Dan yang paling penting, saya tetap akan berbakti kepada belia Negara, inshaAllah. Terima kasih kepada semua yg telah membantu dan memberi khidmat nasihat kepada saya secara langsung mahupun tidak langsung”, Saudari Nursyafiqah berkongsikan harapan beliau pada penyertaan kali ini.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 437
