SHAH ALAM, 7 APRIL 2021 – Sempena Majlis Perhimpunan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor yang diadakan baru-baru ini, satu slot penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat di JBS Selangor telah diadakan. Antara pegawai yang hadir adalah Encik Ahmad Syarifuddin bin Sarmin, Pegawai Belia dan Sukan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Belia) bermula Februari hingga Oktober 2020 yang lalu.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak jabatan kerana mengadakan masjlis seperti ini bagi memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah berpindah” ujar Encik Ahmad selepas menerima cenderahati daripada Pengarah JBS Selangor.
Disediakan oleh: Maria Amir, Bahagian Pembangunan Belia
SHAH ALAM, 6 APRIL 2021 – Sempena Majlis Perhimpunan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah, satu anugerah khas telah diberikan kepada bahagian atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang telah menghantar berita portal terbanyak. Anugerah Penghantaran Berita Portal Terbaik telah dianugerahkan kepada PBSD Hulu Langat. Bahagian Pembangunan Belia telah dinobatkan di tempat keempat. Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Noor Faizah binti Jaafar Shah mewakili Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia.
Disediakan oleh : Maria Amir, Bahagian Pembangunan Belia
KLANG, 5 APRIL 2021 - Telah berlangsung satu perbincangan bersama Pegawai Daerah Klang, YBrs. Tuan Haji Mohd Zainal bin Mohd Nor berhubung program perlaksanaan Malaysia Vaccine Support Volunteer ( Myvac) Peringkat Daerah Klang.
Perbincangan tersebut dihadiri oleh Cik Malina Migon, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang.
MyVac bertujuan untuk mengembeleng tenaga sukarelawan (perkhidmatan bukan kesihatan) sebagai pemudah cara dan membantu petugas barisan hadapan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di PPV seluruh negeri dan daerah.
SHAH ALAM, 2 APRIL 2021 – Telah berlangsung satu sesi ceramah bertajuk “Akhiri Aids Tahun 2030” di Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor pada 2 April 2031 (Jumaat). Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr. Norashikin binti Md Said, daripada Unit HIV/AIDS, Pejabat Kesihatan Daerah Klang. Turut hadir pada sesi ceramah tersebut ialah Puan Suhailah binti Mohd Sa’at, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Noormah binti Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Eruan bin Mat Kasa, Ketua Pembantu Tabir (Pentadbiran) dan semua pegawai dan kakitangan di Ibu Pejabat. Di antara pengisian ceramah tersebut ialah perkongsian ilmu berhubung dengan punca, sebab dan kesan daripada Jangkitan HIV kepada manusia.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
BANTING, 1 APRIL 2021 – Masyarakat Daerah Kuala Langat menerima kunjungan YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan MPKL pada jam 3.15 petang. Pada kunjungan tersebut, seramai 150 orang penerima suntikan vaksin hadir yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Majlis Perbandaran Kuala Langat serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kuala Langat. Mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor adalah Tuan Pengarah, Encik Hasnata bin Hasan serta Wakil PBSD Kuala Langat ialah Puan Hasida Saharsemi dan Encik Azlan Sap.
Lawatan tersebut turut dihadiri wakil-wakil daripada agensi kerajaan Daerah Kuala Langat seperti YDP Majlis Perbandaran Kuala Langat, Wakil Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Langat, dan Timbalan Pengarah Kesiahatan Daearah Kuala Langat.
Disediakan oleh: Nur Hidayah Binti Mohd Yusoff, PBSD Kuala Langat
SHAH ALAM, 6 APRIL 2021 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah melaksanakan Majlis Perhimpunan Bulanan JBS Negeri Selangor Bil. 1/2021 pada 2 April 2021 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pentadbiran telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan majlis tersebut.
YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor telah menyampaikan beberapa amanat dan sentiasa mengingatkan semua pegawai dan kakitangan untuk sentiasa mematuhi etika sebagai penjawat awam.
Di majlis perhimpunan tersebut, Puan Nurr Mariana binti Amir Hamzah, Pegawai Pembangunan Ekonomi telah dianugerahkan Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan bagi Bulan Januari 2021. “Saya berharap agar meningkatkan lagi prestasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan” ujar Puan Mariana di akhir majlis tersebut.
Disediakan oleh : Shahrul Nisha, Bahagian Pembangunan Belia
SHAH ALAM, 2 APRIL 2021 – Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor Bil. 1/2021 pada 2 April 2021 (Jumaat). Majlis yang di adakan di Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor itu bermula kira-kira jam 8:30 pagi dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan JBS Negeri Selangor. Di antara inti pati majlis tersebut adalah ucapan aluan daripada Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah JBS Negeri Selangor, penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan, Anugerah Penulisan Berita Tebanyak, Majlis Penghargaan kepada pegawai yang bersara dan berpindah dan sumbangan kepada pegawai yang terkesan dengan pendamik covid-19.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
BANDAR BARU SELAYANG, 2 APRIL 2021 – Nursyafiqah binti Hussin merupakan calon tunggal kategori wanita bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor bagi daerah Gombak
“Saya berasa terharu dan teruja diberi peluang dan kepercayaan untuk mewakili daerah Gombak ke APBN negeri Selangor bagi tahun ini. Disamping itu juga, saya tidak memikirkan soal kalah atau menang, saya cuma hadir untuk berkongsi apa yang saya ada iaitu dari segi kepimpinan dan penglibatan saya. Selain itu juga, saya dapat menimba ilmu dan pengalaman daripada calon-calon lain dari segi kepimpinan dan penglibatan mereka untuk saya meningkatkan diri dan terus untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara”. Saudari Nursyafiqah Hussin.
“Saya juga berharap dengan penglibatan saya dalam APBN kali ini, ia dapat membuka ruang serta peluang dan minat terutamanya dikalangan Beliawanis untuk terus bergiat aktif sekaligus layak untuk memasuki APBN pada masa akan dating”. Saudari Nursyafiqah Hussin."Berkumpul bersama itu satu permulaan, bersatu padu adalah kemajuan dan berkerjasama adalah satu kejayaan, itu merupakan moto yang saya pegang buat diri saya.” Nursyafiqah Hussin
Saudari Nursyafiqah Hussin berkongsikan padangan dan perasaan beliau menjadi calon tunggal kategori wanita APBN mewakili daerah Gombak buat julung-julung kalinya. Syabas dan Tahniah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak ucapkan kepada Saudari Nursyafiqah Binti Hussin, semoga terus istiqamah berbakti kepada kelab KBKS, komuniti dan negara.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak

D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231