- JBS Selangor
- Hits: 786
TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN BERAMAH MESRA BERSAMA PEGAWAI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA LANGAT
BANTING, 1 April 2021 – YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal sudi untuk meninjau Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat selepas lawatan beliau ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan MPKL pada 1 April 2021 (Khamis) petang tersebut. Pada lawatan dan tinjauan tersebut, beliau sempat beramah mesra dengan Pegawai di PBSD Kuala Langat iaitu Puan Hasida Saharsemi bersama dengan Tuan Pengarah JBS Selangor.
YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan sudi untuk melihat sekeliling PBSD dan berbual sambil bertanya berkenaan dengan sejarah pejabat ini. Hasil lawatan tersebut, semua Pegawai PBSD Kuala Langat dapat diberi kesempatan untuk bergambar bersama beliau. Selama hampir 30 minit beliau bersama dengan PPBSD Kuala Langat.
Disediakan oleh: Nur Hidayah Binti Mohd Yusoff, PBSD Kuala Langat
- JBS Selangor
- Hits: 786
