SUBANG JAYA, 29 MAC 2021 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at hadir ke Majlis Penutup Kursus Marshall KBS 2021 bagi mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Hasnata bin Hasan.
Kursus ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melahirkan seramai mungkin marshall sukan bermotor yang bertauliah sebagai penggerak industri sukan permotoran negara. Kursus ini telah disempurnakan penutupannya oleh Yang Dihormati Tuan ACP Abdul Khalid bin Othman, Ketua Polis Daerah Subang Jaya.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 369
