PUTRAJAYA, 19 MAC 2021 - Encik Sazali bin Abdul Samad dan Cik Artika binti Rozilan selaku AMK Tertingi Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPPBSSM) telah hadir ke satu Mesyuarat Pemerkasaan (Road Map) Perkhidmatan Belia dan Sukan dan Sesi Kunjung Hormat Bersama Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) pada 4 Mac 2021 yang lalu.
Antara intipati hasil perbincangan dan perjumpaan yang dibawa oleh KPPPBSSM semasa pertemuan tersebut adalah pemerkasaan Skim S melalui peningkatan dalam kerjaya melalui permohonan latihan, peluang menyambung pengajian dan kenaikan pangkat. Selain itu, memastikan kelangsungan MYSO dan KPPPBSSM dengan mencadangkan pendekatan sebagaimana keahlian PUSPANITA dijayakan untuk meningkatkan jumlah keahlian dan sokongan penuh dari semua warga Skim S di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Semoga apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan jayanya!
Disediakan oleh : Nadia Sallehud, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 367
