HULU LANGAT, 1 MAC 2021 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat (PBSDHL), Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah meluangkan masa menyantuni rider FoodPanda bagi menerangkan perihal Skim Perantisan Nasional (SPN).
SPN merupakan satu program di bawah inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan untuk belia pasca Covid-19.
Daerah Hulu Langat telah mensasarkan seramai 600 orang belia untuk mengikuti program ini yang dijangka memberi manfaat kepada golongan terjejas akibat pandemik ini.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 310
