HULU LANGAT, 22 MAC 2021 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah turun padang menyantuni perwakilan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL) pada sesi Perjumpaan Penyelarasan Program dan Aktiviti MBSDHL yang diadakan baru-baru ini di Restoran Rimba Ikan Bakar, Sungai Serai di sini.
Beliau turut membentangkan perancangan program Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat bagi setengah tahun pertama 2021 merangkumi program dan aktiviti Unit Belia, Sukan dan Rakan Muda.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Saudara Mohammad Syafiq Ridzwan bin Jamaluddin, Pemangku Presiden Majlis Belia Selangor dan Saudara Sherhan Nizam bin Abd. Aziz, Pengerusi MBSDHL.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 303
