- JBS Selangor
- Hits: 591
PEMERIKSAAN TAPAK PERMOHONAN NAIK TARAF KEMUDAHAN SUKAN DI DAERAH HULU SELANGOR - GELANGGANG FUTSAL KOMPLEKS SUKAN PEJABAT DAERAH/ TANAH HULU SELANGOR (PDTHS)
KUALA KUBU BHARU, 2 MAC 2021 – Pemeriksaan tapak permohonan naik taraf kemudahan sukan di Daerah Hulu Selangor telah dilakukan bertempat di gelanggang futsal Kompleks Sukan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor (PDTHS). Tujuan pemeriksaan di diadakan adalah untuk membuat laporan semakan bagi tujuan permohonan naik taraf.
Encik Muhammad Azlan bin Basaruddin, Penolong Pegawai Daerah, PDTHS hadir bersama Encik Mohd Ayob bin Rahmat, Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Selangor dibantu Encik Ahmad Faudzan Adzieman bin Hassan, Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi), PBSD Hulu Selangor melakukan pemeriksaan bagi gelanggang futsal yang dalam permohonan naik taraf.
Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor
- JBS Selangor
- Hits: 591
