- JBS Selangor
- Hits: 424
TEAM PEMBANGUNAN HADIR - MESYUARAT PENYELARASAN PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN
SHAH ALAM, 8 FEBRUARI 2021 - Tepat jam 11.30 pagi, telah berlangsung satu Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Projek Pembangunan Bersama Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri-negeri/ Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) dan dipengerusikan oleh Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN). Hadir sama Encik Sazali bin Abdul Samad, Pegawai Unit Pembangunan Potensi Remaja, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Selangor.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras pengurusan, pelaksanaan, pemantauan dan penyediaan maklumat dan data projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 dan Ke-12 (RMK-11 & RMK-12) yang telah diluluskan bagi pelaporan Jabatan kepada Pengurusan Tertinggi KBS.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 424
