SHAH ALAM, 26 JANUARI 2021 - Puan Umi Hani binti Abu Kassim, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah mengikuti satu Taklimat Skim Perantisan Nasional (SPN) 2021 menggunakan platform Google Meet bermula jam 10.00 pagi dan dipengerusikan oleh Encik Hasnata bin Hassan, Pengarah JBS Negeri Selangor.
Program Skim Perantisan Nasional (SPN) merupakan program tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementerian bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat/ organisasi yang terlibat dan membantu melonjakkan kebolehpasaran belia pasca COVID-19.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 638
