- JBS Selangor
- Hits: 343
MESYUARAT TAPAK/ PEMANTAUAN BIL. 10 NAIK TARAF KOMPLEKS RAKAN MUDA KLANG SECARA ATAS TALIAN
SHAH ALAM, 11 FEBRUARI 2021 – YBrs. Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah mempengerusikan Mesyuarat Tapak/ Pemantauan Bil. 10 Naik Taraf Kompleks Rakan Muda (KRM) Klang pada 11 Februari 2021 (Khamis) bersama pihak kontraktor. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 10.00 pagi itu telah diadakan secara atas talian menggunakan platform Google Meet. Turut hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Suhailah binti Mohd Sa’at, Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Sazali bin Abdul Samad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, merangkap Pegawai Pembangunan II. Mesyuarat menjurus kepada perbincangan berhubung dengan pelaporan kemajuan kerja-kerja naik taraf di KRM Klang dan hal-hal lain yang berkaitan.
Disediakan oleh : Rohani binti Rahamad, Bahagian Pentadbiran
- JBS Selangor
- Hits: 343
