SHAH ALAM, 27 JANUARI 2021 - Telah berlangsung satu wawancara Kesukarelawan Rakan Muda di Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM 1 bersama Encik Sabran bin Abd Bahar, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Beliau berkongsi tentang ‘projek’ terbaru JBSN iaitu satu gerakan kesukarelawan “Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV)” yang terdiri daripada majoriti anak-anak muda yang akan memainkan peranan sebagai rakan advokasi dan diplomasi sukan untuk membantu usaha pematuhan penganjur, peserta dan penonton/ orang awam kepada SOP Sukan & Rekreasi.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 468
