SHAH ALAM, 17 JANUARI 2021 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mengambil inisiatif sendiri bagi membendung penyebaran Covid-19 terutama di Ibu Pejabat yang terletak di Shah Alam. Sehubungan dengan itu Bahagian Pembangunan Sukan yang diwakili oleh Encik Mohd Zaaba bin Ponrahono serta Encik Mohd Dzulfahmi bin Mohd Tahar turut serta dalam aktiviti sanitasi di Ibu Pejabat. Seramai 5 orang petugas dari Pertubuhan Penyelamat Bencana Malaysia telah membuat sanitasi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor selama hampir 30 minit. Secara keseluruhan, kesemua bahagian di Jabatan itu telah disanitasi bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku terutama bagi penyebaran virus Covid-19 di kalangan Pegawai dan Kakitangan. Semoga kita semua dihindari dari penyakit yang berjangkit dan dapat menjalankan tugas dalam keadaan selamat.
Disediakan oleh : Nur Hidayah Binti Mohd Yusoff, Bahagian Pembangunan Sukan
- JBS Selangor
- Hits: 492
