SABAK BERNAM, 22 DISEMBER 2020 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Wira Usaha @ Rakan Muda pada 20 Disember 2020 (Ahad) bertempat di Bangunan Persatuan Murid-murid Tua SRJK (C) Sin Min yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda (KRM) Taman Raya. KRM Taman Raya merupakan satu-satunya KRM yang aktif di negeri Selangor.
Objektif program ini adalah untuk mengupayakan tabungan dan pendapatan KRM melalui pendekatan Gaya Hidup Rakan Muda Wira Usaha menerusi pelaksanaan projek ekonomi. Selain itu, ia juga dapat menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial KRM yang memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 568
