- JBS Selangor
- Hits: 508
PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH KUALA LANGAT BAGI TAHUN 2020
BANTING, 16 DISEMBER 2020 – Pemeriksaan aset alih kerajaan bagi tahun 2020 telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Kuala Langat Langat. Pemeriksaan telah dilakukan oleh Encik Sazali bin Abdul Samad dan Encik Rozaimi bin Abdul Kadir daripada Jabatan Belia dan Negeri Selangor iaitu Pasukan Selangor 1. Pemeriksaan aset dilakukan sekali dalam setahun. Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan setiap aset alih didaftarkan dan dilabelkan serta memiliki rekod yang lengkap dan dikemaskini. Selain itu, pemeriksaan tersebut adalah memastikan bilangan aset mencukupi dan berada di lokasi yang didaftarkan.
Disediakan oleh : Ruzalin binti Mohamad Noh, PBSD Kuala Langat
Disunting oleh : Azlan bin Sap, PBSD Kuala Langat


- JBS Selangor
- Hits: 508



