- JBS Selangor
- Hits: 507
KLANG - RAKAN MUDA DAY OUT
HULU SELANGOR, 16 DISEMBER 2020 - Pada 29 November 2020 (Ahad) yang lalu, telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Daerah Klang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Klang yang dihadiri oleh Puan Nurul Nadia binti Sallehuddin, Pembantu Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Program tersebut telah menyumbangkan makanan asasi kepada frontliners sekitar daerah Klang sebagai satu penghargaan atas jasa yang telah diberi oleh mereka.
Penganjur mengharapkan, melalui program ini mereka dapat merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu-membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 507



