HULU LANGAT, 9 NOVEMBER 2020 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL) secara atas talian (online) baru-baru ini.
Mesyuarat secara atas talian yang diadakan ini telah dihadiri hampir 60 orang yang terdiri daripada ahli-ahli gabungan MBSDHL dan wakil daripada persatuan-persatuan belia tunggal Daerah Hulu Langat. Antara yang bersama-sama dalam mesyuarat ini ialah Pengerusi MBSDHL, Saudara Sherhan Nizam bin Abd. Aziz
Semoga usaha MBSDHL dalam memartabat dan memperkasakan generasi belia khususnya di Daerah Hulu Langat ini dapat direalisasikan dengan sokongan dan dokongan kuat ahlinya.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 851
