SEMENYIH, 14 OKTOBER 2020 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Suhailah binti Mohd Sa’at telah mengadakan lawatan pembangunan bagi meninjau baik pulih gelanggang dan fasiliti sukan di sekitar kawasan Semenyih.
Tinjauan ini dibuat bagi memastikan status kemajuan projek-projek berkenaan setelah beliau memulakan tugas di sini. Antara gelanggang dan fasiliti sukan yang dilawati adalah Padang Awam Semenyih, Padang Awam Kampung Sesapan Batu Rembau dan Gelanggang Jalan Enam Kaki.
Lawatan ini turut diiringi oleh Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Encik Muhammad Mazli bin Haji Mustaffa.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 521



