SHAH ALAM, 1 OKTOBER 2020 - Hampir dua (2) tahun beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Rakan Muda) di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, kini beliau telah bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Petaling. Jasa dan khidmat bakti beliau selama menerajui Bahagian Pembangunan Rakan Muda akan diingati.
Semoga penghijrahan ini memberi sinar dan semangat untuk beliau meneruskan rekod kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan.
“Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kerana selama beliau bergelar Timbalan Pengarah (Rakan Muda), beliau sangat sporting dan sering memberi ruang kepada para pegawai bawahan beliau dalam melaksanakan tugasan. Perginya beliau merupakan satu kehilangan besar buat Bahagian ini.” ujar Pegawai Cawangan Pembangunan Potensi Remaja, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 854



