- JBS Selangor
- Hits: 515
PENYERTAAN YANG MENGGALAKKAN KLINIK ASAS KESELAMATAN PERKHEMAHAN FIZIKAL PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2020
KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2020 – Perkhemahan dan Rekreasi berpisah tiada. Antara pengisian yang diterapkan sepanjang Klinik Asas Keselamatan Perkhemahan Fizikal Peringkat Negeri Selangor berlangsung yang telah disertai seramai 20 orang. Program tersebut dijalankan di Taman Rimba Bukit Kerinchi, Kuala Lumpur yang turut disertai pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sebagai urusetia. Puan Nurul Atiqah binti Abdul Rahman dan Cik Nor Kasmawati binti Wan Mohd Nawi merupakan pegawai pemantau dari, Cawangan Pembangunan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Negeri Selangor. Para peserta amat teruja dalam aktiviti yang dijalankan seperti perkenalan perkhemahan dimana mereka perlu memasang dan membuka semula khemah yang disediakan serta mengenali peralatan yang digunakan.
Disediakan oleh : Nur Hidayah binti Mohd Yusoff, Bahagian Pembangunan Sukan
- JBS Selangor
- Hits: 515

