SEPANG, 14 SEPTEMBER 2020 – Sambutan yang cukup meriah Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang. Dengan mengumpulkan belia-belia dari sembilan buah daerah di dalam negeri Selangor.
Gombak telah diwakili oleh beberapa buah Pertubuhan Belia serta belia dan beliawanis yang mana ada diantaranya merupakan calon-calon bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2020.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak mengucaopkan tahniah kepada Kelab Belia Kampung Setia Kuang, KBKS telah dinobatkan Johan bagi Kategori Pertubuhan Belia dan membawa pulang Piala, Sijil dan Wang Tunai berjumlah RM 10,000.00. Tahniah juga diucapkan kepada Encik Mohd Azwan bin Ramli dan Puan Shaherwiena Nadhirah binti Shahrul Nizam selaku Naib Johan bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita dengan masing-masing membawa pulang Sijil beserta wang tunai berjumlah RM 1,500.00. Tahniah juga buat calon-calon yang turut serta dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2020 dengan membawa nama daerah Gombak.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir Sambutan kali ini adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak, Encik Mohd Saibie bin Ibrahim.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 458
