SEPANG, 14 SEPTEMBER 2020 - Delegasi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat (MBSDHL) telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pembangunan belia di Negeri Selangor khususnya di Daerah Hulu Langat.
Delegasi ini telah bersama-sama menjayakan acara Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2020 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Movenpick, KLIA Sepang yang diketuai oleh Saudara Sherhan Nizam bin Abd. Aziz, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat. Delegasi ini juga turut meraikan kejayaan rakan-rakan NGO’s belia yang lain yang telah menerima pengiktirafan Anugerah Perdana Belia Negara bagi tahun ini.
Majlis sambutan ini telah disempurnakan oleh Y.B Senator Encik Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 337
