CYBERJAYA, 9 SEPTEMBER 2020 – Pemuda Negara Parlimen Sepang turut hadir bagi Sesi Maklum Balas Rakyat Berhubung Draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 Peringkat Daerah Sepang anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Sepang bertempat di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya.
Sesi ini merupakan platform untuk rakyat menzahirkan pandangan dan pendapat berhubung isu perpaduan di dalam negara khususnya di Daerah Sepang dan akan digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan dokumen PTPN 2021-2025. Program ini dirasmikan oleh YB Adhif Syan bin Abdullah, ADUN Dengkil.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang
- JBS Selangor
- Hits: 527
