SEPANG, 1 SEPTEMBER 2020 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor yang baharu, Encik Hasnata bin Hasan telah melakukan kunjungan mesra di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Sepang buat pertama kali. Kunjungan ini disambut baik oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz dan kakitangan PBSD Sepang. Kunjungan ini turut disulami dengan perbincangan bersama Majlis Belia Selangor bagi menjayakan Program Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor.
Program Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor akan diadakan pada 13 September 2020 dan Daerah Sepang akan menjadi tuan rumah pada edisi 2020. Pelbagai aktiviti dirancang bagi menjayakan program ini untuk menyemarakkan dan menghargai belia-belia di Negeri Selangor khususnya Daerah Sepang.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang
- JBS Selangor
- Hits: 639
