SHAH ALAM, 8 SEPTEMBER 2020 - Telah berlangsung satu sesi perbincangan bagi memperincikan tugasan berkaitan pelaksanaan Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada 9 hingga 10 September 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Rakan Muda). Beliau menekankan tentang keperluan kursus bagi mengelakkan kekalutan semasa kursus sedang berlangsung.
Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
- JBS Selangor
- Hits: 556
