SHAH ALAM, 24 OGOS 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hulu Langat telah mengalu-alukan kehadiran Encik Hasnata bin Hasan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSS) yang baru pada 24 Ogos 2020.
Encik Hasnata yang sebelum ini bertugas di Bahagian Pembangunan Sukan JBSN telah menggantikan Encik Sabran bin Abd. Bahar yang telah bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Beliau telah memulakan tugas pertama di Negeri Selangor dengan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor bagi Setengah Tahun Kedua Tahun 2020 yang turut dihadiri Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Puan Umi Hani binti Abu Kassim.
Disediakan oleh : Shariman Haji Mohamad, PBSD Hulu Langat
- JBS Selangor
- Hits: 984
