- JBS Selangor
- Hits: 500
PELAPIS BANGSA CINTA NEGARA
DENGKIL, 5 SEPTEMBER 2020 – “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan usaha memupuk semangat cinta akan negara dan patriotisme dalam kalangan kanak-kanak di peringkat awal usia. Ini adalah kerana mereka adalah pelapis harapan negara pada masa akan datang yang akan mewarisi negara yang tercinta ini.
Program Kibar Jalur Gemilang Bersama Komuniti Kampung Labu Lanjut anjuran Jabatan Penerangan Daerah Sepang amatlah digalakkan bersesuaian sempena Bulan Kebangsaan bagi menzahirkan rasa terima kasih dan cinta akan negara. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, Encik Ahmad Fahmi bin Abd Aziz turut mengibarkan jalur gemilang dan mendekati komuniti Kampung Labu Lanjut.
Disediakan oleh : Zulhelmi bin Md. Pisol, PBSD Sepang
- JBS Selangor
- Hits: 500
