BANDAR BARU SELAYANG, 12 SEPTEMBER 2020 - Aerofit Komuniti Challenge Gombak kembali dilaksanakan atas inisiatif kelab kecergasan sukan daerah Gombak, iaitu One Nation Fitness Club (ONFC) bermula pada 12 September 2020 pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi pada setiap hari Sabtu dan Ahad sehingga bulan Disember 2020. Program Aerofit Komuniti Challenge Gombak akan diselangselikan dengan beberapa tema seperti Tema Urban, Funky, Bollywood, MTV Vision, MTV Dance, Zumba, Salsation dan banyak lagi. Ianya akan diketuai oleh Intruktor One Nation Fitness Club selama sejam.
Untuk makluman program ini adalah anjuran bersama One Nation Fotness Club dan Pejbat Belia dan Sukan Daerah Gombak.
“Saya ingin mejemput semua warga daerah Gombak secara khususnya bersama saya dan pasukan saya dalam menjayakan program Aerofit Komuniti Challenge Gombak ini yang akan berlangsung sehingga Disember 2020 nanti pada setiap hari Sabtu dan Ahad InsyaAllah. Anda nak sihat? dengar nasihat”, Encik Abdul Malik Bin Abdul Majid selaku Pengerusi One Nation Fitness Club.
Segala maklumat lanjut boleh didapatkan melalui media sosial Facebook One Nation Fitness Club dan juga Pages Facebook Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 499
