SEPANG, 14 SEPTEMBER 2020 – Suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Selangor 2020. Di mana, Puan Shaherwiena Nadhirah binti Shahrul Nizam, telah dinobatkan sebagai Naib Johan bagi Kategori Individu Wanita Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Selangor 2020.
Dengan kemenangan ini, Puan Shaherwiena Nadhirah binti Shahrul Nizam telah membawa pulang Hadiah berupa wang tunai RM 1,500.00, beserta Sijil Penghargaan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan oleh : Mohd Syazwan bin Abdul Rahman, PBSD Gombak
- JBS Selangor
- Hits: 474


